Berikut update plan Gathering Muhibbah 2009 Kelong Sri Bainun pada 17hb-18hb Jan ni.
Seramai 36 peserta telah mendaftar. Kira Grand sungguh la kali ni. Walaubagaimanapun, jumlah peserta hanya betul confirm setelah pembayaran di buat. Apapun kita menjangkakan jumlahnya adalah melebihi 30 orang.
Nama-Nama yang daftar
Kenny, Shahrim, Syamin, Meor, Zul, Ghani @ Abah, Shahrul Gengon, Faiz Fac, Fairul (pokcik), Meor (ah chong), Wan Come, Khairy, Asrul, Guna (seelan paul), Aris, Wan Patah, Wan X, Shahrul, Eddie, Paly, Azam, Bob Archer, Shahril, Marzuqie, Rizua, Samdul ayam, Isa, Azmir, Chiam, Yaser (kecik), Aziz, Boy, Jalil, Ijat, Ujang, Saiful.
dan katanya ada 6 orang peserta dari Carsem turut serta.
Pendaftaran : RM60 kos untuk RM30 Kelong, RM10 makanan, RM10 minyak kereta, RM5 umpan, RM5 lain2 kos.
Pertandingan : Kategori ikan terberat no 1 dan no 2 sahaja. Setiap peserta di benar daftar 2 pancing sahaja dan akan diberi sticker. Lebih 2 pancing akan di kenakan caj tambahan lah.
Menu Anda :
Makan Malam - Nasi, Ayam Goreng, Sambal Ikan Tumis, Kari Ayam, Tembikai, Minuman Kordial
Supper (Tengah Malam) - Roti Kering, Maggi, Keropok Lekor, Kopi
Makan Pagi - Mushroom Soup, Roti Paun, Kopi
haaaa,.. amacam ? oky tak menu ? gerenti puas hati punya. Kalau dulu trip grand sebelumnya kita pernah sediakan Ayam Masak Merah dan Steam Bot masa kat Kelong, kali ni lagi banyak menu dia. Makan la kome selagi larat. Mana ada trip mancing serve makan bagus punya macam ini. Chekedondon aja ada.
Ok, ada 2 group, 1 pagi dan 1 tengahari.
Group Pertama - bertolak pukul 9.30pagi -ketua konvoi Hasrul.
Group Kedua - bertolak pukul 1tgh - ketua konvoi Bob Archer.
kumpul dan gerak dari Depan Unisem. Nak gi group pertama ka group kedua ikut suka. Tapi majoriti ikut group pertama. Teman ikut group kedua. Besalah, teman pagi kena cop permit dulu ngan orang rumah. muahahahah.
See ya there,. let's enjoy fishing with all our good frenze.. adios.
3 ChalkFish | IkanKapur Saiz Padu
-
Spesis: Ikan Kapur(Dart Fish)
Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu.
Time: 17/10/2024 - 9:30am
Teknik: Casting
Setup:
Reel: Shimano Sienna 200...
5 months ago
No comments:
Post a Comment