Trip Boya Pangkor yg di jadualkan pada 17hb Disember ni masih perlukan 3 peserta untuk cukupkan korum 1 bot. Bot telah di booked, bot pak Osman. Sapa yg pernah naik bot ni gerenti takkan lupa punya pasal pak Osman punya menu memang ummmpph. Itu memang di akui lah. Kari pak Osman memang kaw, macam kari kas-kas pulak,. he he ok, peserta takat la,.
1. John Rambo - kapten bot
2. Nuar FT
3. Khairol FG
4. Zul alKelantani
5. kosong (terbuka)
6. kosong (terbuka)
7. kosong (terbuka) Kos sewa bot, campur umpan, campur makan disediakan pak Osman, campur minyak kereta, campur parking kereta,. semua RM100. Rasanya itu tak jadi masalah, cuma 17hb tu hari Khamis, hari bekerja tu yg buat kawan-kawan semua payah siket tu. Barangkali yg nak pi boss pulak tak approve cuti. Itu le kome buat trip hari keroje ape ke hal nye. Besa trip bot pangkor ni tak pernah lagi tak cukup orang. Besa berebut, tapi kali ni slow sikit. Trip boya ni pasal port mancing akan tumpu kat kawasan boya saja. Boya ni memang kawasan ikan main lah. Ikan main apa idak lah kita tahu tapi sepanjang dok mengulang Pangkor, port boya ni kira tempat yg syok layan lah.
Ada 3 boya, jadi akan pulun semua boya tu, dan kalu dah habis pusing 3 boya dan tak puas lagi mancing boleh sambung kat area mentagor ke, balik pulau ke, pulau 2 ke. Itu jangan risau lah pasal tekong pak Osman tau lah mana ikan tu pi mana, dia ikut ja bawak bot kasi kita layan pancing. 1 day trip ja, pi pagi balik petang. Pasal 18hb besok nya tu Awal Muharram dah, jadi nak le kena balik pi masjid baca yassin, doa awal akhir dan awal tahun pulak. Lagi pun bini memasing bagi permit 1 hari ja. Penghujung tahun hijrah la katakan. Ok, pada yg tak tau apa itu boya,. naaahhh,. ini dia gambar boya nya. Bawah tu banyak ikan. Pancingan guna appolo tak payah taruk umpan pun, insyaallah mengena.
Pada sapa berminat boleh roger John Rambo 019 577 2675. Bila telefon kena sebut kod dia baru baru dia paham pasal dulu dia lama dok hutan vietnam. Kod Alpha Boya Tenggo Pangkor,. hahahahahh.. berminat, members, non members, orang dekat, orang jauh,.. boleh tel segera.
New Prawning Pond in Singapore for 2024: Olden Days Prawning
-
In case you all don't know yet, a new prawning pond has opened at 10 Neo
Tiew Lane 2! Called Olden Days Prawning, the prawning pond is opened daily
and 2...
1 month ago
No comments:
Post a Comment