dibawah keratan akhbar dan cerita dari mod zul yg melihat sendiri fenomena laut bertukar jadi merah dan air laut kering di Lumut dan Teluk Batik semasa percutian keluarga pada 25-26hb Jan lalu (seminggu selepas Grand Trip Kelong Bainun).
KERATAN Kosmo! 22 Januari 2009
En Aziz, Penyelia Lumut International Yatch Club menunjukkan ketulan-ketulan batu yang bertukar menjadi merah di pesisir pantai Sungai Dinding, Pulau Pangkor.
Berikut petikan dari emel yg di kirim oleh mod zul kepada rakan-rakan kilang bertarikh 30 Jan 2009, 4.20pm. Masa tu blog ni hadapi masalah untuk update dan posting.
ok, ni nak cerita pengalaman air laut merah dan pantai kering masa fmly trip ke teluk batik. teman stay kat marina cove 3hr2mlm. hat pernah mancing naik bot kat pangkor akan lalu sebelah hotel ni utk naik naik bot kat jeti belakang hotel,
ok, sabtu mlm ahad dari 10pm-2am, teman mancing kat lumut water front. air tak berapa molek, cuma dapat penaik sekor ikan bulan dan 2 ekor kerapu lucut jatuh balik. anjung tempat teman mancing ni takda la tinggi sangat tp besa la kerapu kena angin dia sejuk bangkali menggelupur jatuh la.

ahad, 25hb mancing kat jambatan bainun dari 9am-12pm. masa tiba terkejut jugak pasal air masih surut dan keruh spt masa kita trip kelong bainun minggu lepas. Perati tengok kat kaki jambatan, aras air sama mcm masa gi trip kelong dulu. Kalu ikut bulan melayu, 28hb bulan nak hampir penuh dan air laut patut pasang besar dah menjelang bulan penuh. Tapi air tak naik-naik. Dalam pukul 10 lebih dari tengah nampak air laut merah dan menguak sampai ke tepi. Sama macam yg keluar kat harian metro lah. Tp bila tengok live masa dia mari dari tengah ke tepi tu kira suspen la jugak. tangkapan nehi kabi nehi, yillek.
malamnya ahad malam senin repeat mancing kat water front kat kawasan pokok ru bnyk tu. dlm 1 pg ke atas dah naik tinggi dan dekat 2 kaki ke tebing dah. expect besok air pasang besar lah dan boleh sambung mancing.
tapi tekezutnya besok pagi air laut kering habih. tengok gamba kat teluk marina cove yg depa tambak buat tanjung kt tengah laut. teluk tu dah kering langsung. nampak bot tercatok kat dasar laut hat kering.

26 Jan 2009, 09.14pagi

ada bot nelayan yg tersadai tengah dasar laut tu
Pada hari sama juga pada 4ptg-6.30 petang gerhana bulan. Mungkin fenomena ni ada kaitan dengan proses gerhana. Pada sekitar minggu berkenaan ramai yang turun memancing ke laut yang menyangkakan laut pasang besar (kalu ikut bulan melayu) tetapi mendapati air laut surut (terbalik). Itulah Kebesaran Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment