Royale Ace tidak berpuas hati dengan tangkapan pada kunjungan mereka yang lalu di Kelong Sri Bainun. Dan seperti di rancang mereka telah turun lagi 2 hari 1 malam ke sana. Dan siang tadi moderator terima berita yang kedengarannya baik dan mereka enjoy habis kat sana.
Trip kali ni dari 2hb - 3hb Ogos, pegi kemarin dan patut balik hari ni pada petang tadi. Berita yang kita terima dari chief event kali ni, En Sabirin kita memberitahu tangkapan kali ni memang baik dan semua macam tak nak balik. he he he,.. ada berani ka tak nak balik,..? kome punya 'permit' bini kasi 2 hari ja.
Kali ni mereka naikkan banyak tangkapan seperti gerubuk, pipi besar, tetanda, tetuka dan ikan size appollo dan yang terbesar yg mereka peroleh takat ni adalah jenahak yg di naikkan oleh si Yus yg melebihi 2kg.
Wooowww,.. amat susah naikkan jenahak kat sana. Siakap dah biasa lah.
Nampaknya jika demikian, memang puas hati la trip Royale Ace kali ni. Jika demikian patut Bee Royale yg under planning nak turun pada 8hb - 9hb Ogos ni mesti bersemangat ni nak beat Royale Ace punya hasil.
Apapun faktor air laut kena ambik kira dulu. Kunjungan Royale Ace kali ni air baru nak pasang besar. Kira memang masa ikan masuk la ikut arus laut.
Congrats to Royale Ace dan jangan lupa post gambar tangkapan dan santai kat Kelong tu nanti.
Kunjungan lepas Royale Ace ke Kelong Sri Bainun click disini.
3 ChalkFish | IkanKapur Saiz Padu
-
Spesis: Ikan Kapur(Dart Fish)
Lokasi: Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu.
Time: 17/10/2024 - 9:30am
Teknik: Casting
Setup:
Reel: Shimano Sienna 200...
5 months ago
No comments:
Post a Comment