Itulah rezeki dari sungai yang kawan kita bro Wan Patah dapat kemarin. Lepas habis kerja petang rabu 2 hari lepas dia terus speed balik rumah dan malam turun mancing kat satu port di Batu Gajah. Pakai umpan katak dan balingan kedua terus mengena. Tuuu dia, blutuk berat 2kg. Apa lagiii,. terus balik la dia dengan senyum gumbira, tidor pun senyum mekar sejambak.
Dan pagi kemarin dah jual dengan rega RM65/kg dan dapat RM130. Woooww.. dah jadi berita hangat lah kat semua uni gangs semua.
Tapi mintak maaflah, kita terpaksa rahsiakan dulu port atau lokasi ni. Biar gang semua kenduri dulu lepas tu biar orang tau sendiri. ha ha ha,.. bukan kedekut bro, tapi ini port boleh jadi lubuk duit ni. Anyway, ini bukanlah yg pertama ikan blutuk naik kat port ni, dah banyak daaaah,. cuma ni yg terbesar, terberat dan termahal. Dan kabarnya dah ramai gang yg tak sabar nak test power masing-masing kat port ni.
Tahniah Wan, tahniiaaaaaah. Dan terima kaseh kerana belanja tengahari kemarin kat ofim corner. Merasa jugak teman rezeki dari sungai milik Wan Patah. Mudah-mudahan dapat lagi yang grand-grand punya dan boleh la belanja lagi,. ha ha ha. Tenkiu & congrats bro.
Saksikan short videp clip ikan blutuk pancingan Wan Patah yg sold out RM130. Jeleeesss aku dibuatnya..
No comments:
Post a Comment