Sambungan dari posting terdahulu bertajuk King Kerapu Bro. Kali ni kita copy exactly dari coretan yang di terima dari emel saudara Mokhtar kita.
Tarikh trip 9-10 Julai. Ahli yang 'Ada Bran' adalah Sham 'King Siakap', Epoi, Mokhtar Torres, Man 'Toba', Sabirin & Odey (tiada dalam gambar Sabirin, pasal dia tukang tangkap gambaq).
Nie aksi menarik sepanjang Kelong Sri Bainun
Epoi dan Man dok nyerongin kat atas bot... kemain lagi... hehehe...
Teman sekali tarik dapat 2 ekor sekali... hehehe (MOD : gambar Mokhtar Torres)
Bawah ni ikan 1st yang kitaorang dapat.. kira teman ler champ dapat naikkan ikan dulu pakai Apollo.. ikan gelama(MOD : gambar terpaksa di censorred. Pasal not good for 6sx, 12sx, 18sx & above ha ha ha.. jangan marah hah bro Mokhtar)
aksi lain tak dapat sebab gelap... henset camera teman x bpe clear... sorry... tapi gambo teman elok jer... hehehe.. ahli lain jangan jelosssss.....
Thanks, hehehhee....
Mokhtar Torres
Ulasan Moderator : Bro Mukhtar, kita copy seperti yang di kirimkan. Mana yang berubah sedikit tu maaflah. Trip Royal Ace kali ni antara yang di kira menjadi jika di bandingkan antara beberapa siri kunjungan ahli kelab ke Kelong Sri Bainun. Royal Ace berjaya menaikkan ikan tetanda, 3 ekor ketuka, 1 semilang, 4 ekor gelama, 3 ekor kerapu, 2 ekor ikan bulan, 1 anak jenahak, 1 bawal pipi dan beberapa ekor ikan duri. Congrats to Royal Ace.
Untuk makluman kita ada team atau kelab tersendiri selain Unipro di tempat bekerja. Ada Royale Ace, Bee Royale, cuma Royale C belum ada lagi. Royale Ace, Bee Royale nama simbolik bagi team di shift mereka. Di harap selepas ni C akan tubuh Royale Cruzz pulak.
Terima kasih buat team Royale Ace. Dan kabarnya akan ada repeat trip dari Royale Ace lain yang cemburu dengan kejayaan group pertama ini. Dan Bee Royale jugak khabarnya akan menyusul nanti selepas team Royale Ace. Berlainan shift dan waktu kerja menyebabkan mereka terpaksa pergi hari berlainan.
Apapun kita pernah buat Grand Trip Kelong Sri Bainun pada awal tahun yaitu 17-18 Jan 2009 yang melibatkan ke tiga shift, kesemua team yang ada dan normal shift. Lihat di post atas kanan tajuk-tajuk siri Grand Trip Kelong Sri Bainun.
Kelong Sri Bainun merupakan port mancing favourite bagi Unipro team, dan semua Chekedondon members dari Royale Ace, Bee Royale dan C team.
Terima kasih buat Royale Ace diatas kiriman trip anda.
Sekian,
MOD2
No comments:
Post a Comment