naik aja ikan ni,. riuh lah kejap. Bukan kerana tak pernah tengok, tapi bentuk ikan ni akan selamanya buat kita terfikir kebesaran Ilahi.
Tekong Pak Osman pulak, tengok aja ikan ni naik,.. ''haaa.... ikan sebelah,. pancing lagi sebelah, baru dapat sekor,. sebelah lagi ada kat bawah nuuuu,.''
ha ha ha,. mancing memang menyeronokkan. Ikan sebelah ni satu keajaiban.
ikan sebelah. bahagian ni warna kelabu, ikan ni berenang secara miring. Memang nampak jelas satu bahagian bentuk badan ikan, sebelah lagi pipih -flat- saja seolah telah dimakan
ni bahagian sebelah badan tu, putih leper seolah bahagian ni dah terpotong keluar. Memang pelik.
Ikan sebelah ni juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi. Ikut sejarah ikan ni hasil sisa Nabi Sulaiman a.s yg telah makan sebelah sahaja ikan ini dan sebelah -sisa- yg tidak habis dimakan tu dilepaskan semula kedalam laut. Dengan kehendak Allah s.w.t. ikan tu telah hidup kembali dengan keadaan sebagaimana ia sebelahnya telah dimakan dan sebelah lagi belum disentuh. Dan ia kekal hingga ke hari ini, menjadi bukti sejarah dan keagungan Nabi Sulaiman yg membawa ajaran Islam.
bukan nabi sulaiman... ikan tu telah di makan oleh nabi musa. betolkan balek ye..
ReplyDelete