Established in Ipoh, Perak Darulridzuan (Malaysia)
Organized By Unipro Fishing Club
Makluman:
memandangkan kawan2 semua daily comm -sembang harian- melalui emel xtvt-xtvt mancing. Pada yg berminat boleh posting terus ke Blog Chekedondon dari emel. Contoh seperti posting John Trip Boya Pangkor. Dapatkan dari Zul 019-5120088 unique mail address untuk hantar terus posting dari emel anda. For members only.

INTRO : UniPro The Unforgettable

INTRO : Koleksi Unipro 2008/2009

Uni Bee Royale di Kelong Sri Bainun Ogos 2009

Uni Bee Royale di Kelong Sri Bainun Ogos 2009

Uni Royale Ace di Kelong Sri Bainun Jun 2009

Uni Royale Ace di Kelong Sri Bainun Jun 2009

GT Pangkor July 2009

GT Pangkor July 2009

Asnil, Muzir, Syarmin di GT Pangkor Julai 2009

Asnil, Muzir, Syarmin di GT Pangkor Julai 2009

Zul & Otai Ayah Aris di GT Pangkor Julai 2009

Zul & Otai Ayah Aris di GT Pangkor Julai 2009

Di Wak Nan Fishing Challenge Mac 2009

Di Wak Nan Fishing Challenge Mac 2009

Kg Gloucester, Teluk Intan 30-May-2009

Kg Gloucester, Teluk Intan 30-May-2009

Kenny, Edie, Azam, Mokhtar Torres - Kg Gloucester, Teluk Intan 30-May-2009

Kenny, Edie, Azam, Mokhtar Torres - Kg Gloucester, Teluk Intan 30-May-2009

Aksi Hj Baha Mancing Udang, Kg Gloucester, Teluk Intan 30-May-2009

Aksi Hj Baha Mancing Udang, Kg Gloucester, Teluk Intan 30-May-2009

'ada bran', mancing sama-sama, cool trip, cool journey

\

Asyik keroje.. keroje.. kerojee.. mancing la pulaaakk.. syookk beb!

Asyik keroje.. keroje.. kerojee.. mancing la pulaaakk.. syookk beb!

Machaa,.. kita orang pun ada mancing jugaaaakk.

Machaa,.. kita orang pun ada mancing jugaaaakk.

sekor ikan empat orang tarik wooo..

sekor ikan empat orang tarik wooo..

mancing, santai, relaxx.. what a priceless moments money cant buy.

mancing, santai, relaxx.. what a priceless moments money cant buy.

Unipro,. always the best! We are fishing mania..

Unipro,. always the best! We are fishing mania..

Koleksi Terbaik Unipro

NEW POSTINGS STARTS HERE
POSTINGS TERBARU BERMULA DISINI
HAPPY SURFING / SELAMAT MELAYARI
UniProfishingClub for Chekedondons
Location / Lokasi : IPOH, PERAK
Country / Negara : MALAYSIA
contact us : uniprofishingclub@yahoo.com

Monday, November 2, 2009

Orang Hanyut Kat Kelong Bainun... ???

Masa tu kami tengah layan mancing kat hujung Kelong menghala ke Jambatan Bainun. Tiba-tiba benda ni muncul.

ha ha ha.. gimik aje laahh..

Terkejut tak tengok gambar ni.. ?? sekali tengok macam incredible hulk jatuh & terapung kat laut lah. Anda di ingat jangan tiru aksi berani mati brother ir shahril kita ni. Ni aksi mandi laut kat Kelong. Teknik float orang hanyut daa...

Kelong ada bilik mandi siap air pancur lagi tapi mandi laut lagi seronok. Rasanya ni lah kali pertama pengunjung Kelong Sri Bainun terjun ke laut. Ha ha ha,.. dulu shahril ni jatuh atas bot kena sauh, bengkok sauh tu dibuatnya. Kali ni dia terjun laut pulak. Kecut perut aku bila lihat dia terjun ke laut. Ingatkan jatuh, rupanya dia betul-betul nak mandi. Nasib baik tokey Kelong tak nampak kalau tidak mau kena sauk naik kelong. Aksi ni berlaku kemarin jam 11pg kat Kelong Sri Bainun dalam trip team Normal.



tengok, dia cool aje lah.. 20 meter dalam tu bro.
masalahnya dia berani terjun mandi laut, tapi lepas tu takut nak naik balik pasal banyak ketam dok bertenggek kat kayu pelantar kelong tu. ha ha ha lawak.. lawakk.
Tunggukan update lain nanti.

Update Trip Gempak Kelong Sri Bainun

Update dibawah dari Marzuqie utk trip Pulau Jarak yg akan turun pada 22 Nov - 23 Nov ni. Congrats pada peserta yg 'Ada Bran' (nama2 peserta posting dibawah).

Ok bagi update trip gempak Kelong Bainun ada perubahan pada tarikh trip uni gangs. Dan utk makluman terkini,.

Royale C dah turun pada 29 Okt - 30 Okt, manakala team Normal pada 31 Okt - 01 Nov.

Tangkapan terbaik setakat ni adalah dari Royale C yaitu bro Fendy kita dgn tangkapan 2 ekor siakap yg terberat adalah 3.8kg manakala bro Muaz juga dapat sekor siakap. Jumlah tangkapan 3 ekor saja tapi grand-grand punya.

Dari team Normal pula, total 8 tangkapan dibuat, 1 ekor semilang 2kg, 6 ekor ikan bulan dan sekor anak kerapu.

Dan pada masa sekarang team Bee Royale yg tiba pada siang tadi sedang beraksi di Kelong. Team Royale Ace akan menyusul kemudian.

Gambar-gambar akan di upload kemudian.

Sekian update terkini trip kali ni.

Trip Pulau Jarak (2Hari 1Malam)

Salam Semua,

Sorri mamak dan Pres izan sbb lambat respond.

Okay, nama yang telah stuju nak join trip Pulau Jarak 22-23 November 2009 seperti kat bawah.

** Trip 2 hari 1 malam

** Kos dianggarkan RM180 seorang..

** Bot besar macam hari tuuuee…Hanya 1 bot sahaja..

** bilik air cond untuk yang mabuk, makan 3X, kemudahan lain serba serbinya cukup dan sangat selesa. Cuma yang tak ada beg plastic muntah.. itu kena bawak sendiri .. kuikuikui …

** Collection bermula start gaji bulan Ogos lg ..

** Kelengkapan memancing boleh dipinjam-pinjam. X ada masalah

'Ada Bran'

01. John

02. Ayah Aris

03. Izan Presiden

04. Mamak Roa

05. Marzuqie

06. Eddie

07. Palie

08. Ir. Shahril

09. Faizal (adik palie)

10. Firdaus V6

11. Sham D3

12. Epoi D2

Regards,

MarzuQei

Monday, October 26, 2009

Trip Gempak Uni-gangs

Trip lepas gian, di Kelong Sri Bainun, hujung bulan ni.



Tentative plan,.
28hb Okt, Rabu - 29hb Okt, Khamis - Bee Royale akan turun
30hb Okt, Jumaat - 31hb Okt, Sabtu - Royale C akan sambung
31hb Okt, Sabtu - 01hb Nov, Ahad - Gang Normal akan join
06hb Nov, Jumaat - 07hb Nov, Sabtu - Royale Ace penutup


Yang 'ada bran' meh kasi gempak trip kali ni. Rujuk kaptan gang masing-masing. Jom kita santai ringan-ringan kapla sambil mancing. Dan jangan lupa mohon 'permit' dari bini masing-masing, pasal ni overnite trip bro,. makan minum tanggung bereeesss. Mengkala sayang kat bini tu, ajar-ajar la tinggal-tinggalkan, kalu sayaaangg sesangat,. tinggalkan lagi lama,. ahaka,. ahakkksss.

Saturday, October 24, 2009

Saksikan Video Clip 10 Secs Haruan Bro Muzir

video

Bro Muzir wat naik Haruan 2kg. Main tarik tali ngan haruan punya lah lama, video clip 10 saat aja.

Congrats bro..! bila nak wat promo batu serai kat blog? Mesti ramai berminat nak turun saksikan sendiri batu cincin timbul dari pokok serai.

Tuesday, October 20, 2009

Saksikan Tangkapan Ikan TAPAH Luar Biasa Hj Baha

Hj Baha dengan tangkapan Ikan TAPAH Jalur Gemilang

Entah apa la petua di pakai orang tua ni,. besa sembang haruan,. haruan,. haruan.. Minat dia takdak lain main casting katak pancing haruan je. Tapi kali ni naik tapah pulak. Dulu masa kita havoc GT Pangkor dia mola-mola sekali bagi nama dan bayar seketul langsam. Tapi bila tiba hari trip dia hantar kroni dia turun, dia pi henjut moto cross kat Langkap.

Tapi kali ni kita kena salute la kat Hj Baha, pasal dapat spesis yg susah dapat. Pasal ikan tapah tu jalur kita panggei la Tapah Jalur Gemilang.

Macamana dapat, umpan apa, rahsia katanye,... pulookkk. Lokasi kat Sg Palawan, Langkap. Tapi port betul rahsia jugookk. Gi dengan kawan baik Nurazizi. Kepada yg berminat buru Tapah tu boleh la berhubung dengan Hj Baha atau nama mudanye Bob, kat no 013-4543922. Tapi awas! panggilan dan sms anda di pantau mak aji nye. hi hiii..

Congrats buat Hj Baha kite. Kawan-kawan ramai yg nunggu bila nak join trip naik bot pi Pangkor ka,. Jarak ka,. Pulau 9 ka,. Hatyai ka,.

Sapa nak tengok rahsia mancing Hj Baha, tengok kat main post di atas, gambar solo kat celah belukar tu.

Jangan memain oooo,. bukan sebarang ikan,. Tapah Jalur Gemilang daa..

Syabbas & adios.

Monday, October 19, 2009

Udang Galah Sepit Biru Kelly Castle

Asyik ikan ajo, kali ni kita tengok pula tangkapan udang galah. Besa dulu bro Kenny kita kaki wat trip mancing udang, tapi la ni dia bizi kat tempat kerja baru. Ni kalu Kenny nengok mau senak perut dia nak turun mancing udang nih..
Kali ni kita terima trip mancing udang dari Palie dan Eddie. Dema berdua ni kira otai mancing laut dalam. Harap dema tak pakai mesin letrik command 6 dema kat sungai,. ha ha ha.
Trip hari ahad 18hb Oktober. Area sungai kat Kelly Castle, Batu Gajah. 5 ekor udang galah sepit biru.

eddie,

anak pun posing sekali

ni udang lain, anak lg satu plak wat posing
hebaat otai kita ni.. mancing ikan, udang semua menjadi.

Pesen Rambut Baru Mgr Jahang Paintball

Amacam rambut baru Mat Nor kite hari ni .. ? ha ha ha,. bukan sebarang fesyen la bro, ni Mohawk punya brand lah. Mat Nor ni antara Pengurus Jahang Paintball bersama Zukie. Blog dema ada di list blog kroni. Nak main tembak-tembak, paint ball boleh contact 013-5150806. Gambar diambik kat smoking corner siang tadi.

Selain dari Ofim Corner, kat sinilah kitaorang dapat peluang berjumpa ngan kawan-kawan lain dari merata bahagian di Unisem. hat kerja shift, normal, hat tak normal kat sinilah berjumpanya. Kat sinilah banyak program, trip mancing bermula. Bukan hanya mancing, paintball, futsall, bola, bowling,. semua ada kat sini. Pendek kata kat sini kira port cerita geng-geng semua.

Dan hari ni kira special lah siket, pasal Mat Nor kite hari ni muncul dengan imej baru. Mohawk dari Jahang River Paintball Camp. ha ha ha,. nak main paintball contact dia.

adios.

Friday, October 16, 2009

Trip Boya Pangkor December 2009

Salam weyy,, yoyoyo.

Saper nak joint trip pangkor ½ day trip, we call "APOLLO TRIP"… nak carik ikan baru wat lauk dapor bulan 12 nie.. tempat terhad 8 orang sahaja..naik bot pak Osman karry, karry pehhhhh…..(mamak fg mintak tolong boking bot tarikh 17/12/09 ,naik bot jam 7.30 am balik 7.30pm(12 hrs)…KOS satu kepala dianggarkan rm100.00 shj.-siap sumer ler tu umpan ,makan tengah ari, minyak kater ker..cumer joran bawak sendiri ler hihihi… target lauk dicari,,kembung 4kilo (rm30.00),ikan cencaru 4kilo(rm40.00),selar kuning 5kilo (rm40.00) pehhh untung-untung tu tak masuk lagi ikan talang peh wat ikan masin sekilo rm16.00 beb.. ..modal baru rm 100.00 jer…berminat cepat taruk nama…wat masa ni senarainya…

 

JON/ISS

ZOL KELANTAN

IR SHARIL

ANAK PAK GUARD TU ALA SAPER KER NAMANYA…??

5-?

6-?

7-?

8-?

Lagi satu duit kutip tepat pada 28/11/09..gaji daaa…payment penuh ….tarak hutang hihihi…rrr transport mungkin guna 2 kater or 3 jer kalu ada ler

 

Best Regards,

ISS

Receiving Dept

'Tel no : 05-3572800 413/416

Wednesday, October 14, 2009

Lagi Trip Lepas Raya - Morib 3, Malim Nawar

Trip ni pada khamis, 1hb Oktober lepas. Di lombong Morib 3, Malim Nawar. Dema turun dah petang dan kabarnya enjoy lah layan port ni. Tapi gambar dapat 2 shot aja lah. Nampak gaya kena repeat lagi lah. Turun hari tu 1 keta Mokhtar Torres, Epoi, Tajul & brother Shahril.

Saksikan gambar tangkapan dema,.

ni yg jeles ni,.. Mokhtar Torres dengan jelawat, kurang 1 bunga 1 kilo daa...


Shahril dengan ara, 2.2kg. Gambar blurr sedikit, hari dah petang

Syabbas bro,. Ni kalu repeat trip ni mesti ramai yg mau ikut. Tang jelawat tu yang tak tahan nengok tuuu...

Sunday, October 11, 2009

Mancing di Sg Kelantan Raya ke-3

he heeh,. mancing time raya jugak, kali ni teman sendiri turun dengan putera no 1 kat Sg Kelantan, berdekatan pasaraya Tesco masa balik kg cuti raya puasa baru ni. Ni kira trip lepas gian lah. Dulu-dulu masa lembah tu tempat bercucuk tanam, kecik-kecik dulu memang selalu dok mancing kat sg Kelantan ni, ada 2 anak sungai sebelum tiba ke sungai besar ni, tapi sungai kecik tu dah kena tambak dah buat landscape pasaraya dan bandar baru. Mancing 3 jam ja lepas gian. Balik kg pun jarang-jarang.

11.16pg ikan duri naik sekor. kecik aja tapi boleeehhh laaahh. Anak Muhammad Irfan.

tengah kemas nak balik 12.32pg naik sekor lagi. Umpan cacing ja, besar siket dari hat mula-mula tadi. Kalu tunggu lagi lama, lagi besar dapat ni. Tapi panas daaa,.

turun kat belakang tembok tebing sungai tu

boleh la berteduh, makin tengahari makin panas matahari atah kepala

panorama

Balik lain kali boleh test lagi kat sini. Balik dulu ada nampak riak patin dok main, kali ni dah takdak pulak, dah kena pancing dah gamaknya tu.

Sekian, short trip Sg Kelantan.

Monday, October 5, 2009

Baung Lombong Morib 2 Trip Raya ke-3

udah kata daaahh,. ramai yang tak sabar lepas gian mancing lepas rest sebulan puasa. Ni gambar pertama yang kita terima lepas raya. Dari Bro Faez yang turun mancing kat Morib 2, Malin Nawar hari raya ke-3. Pakai umpan apa bro dapat baung size lengan tu. Dengar kabar trip mancing lepas raya ni menjadi saja. Pakai umpan kuih raya kuutt.. gaul ngan tepung,. ha ha ha.

Mana brother Kenny kita,. lepas tukar kerja dah slow mancing dah. Weeii,. jom kita repeat morib. Ikan tengah layan la bro. Asyik keroje,. keroje,. keroje,. buleh masuk angin kepala tuuu.. kirim salam sama itu bro sharmin champ sungai Piah kita dengan ucapan mohabbatin oopss,. maaf zahir batin daaa..

Chekedondons, gu-gu yang turun mancing harap jangan lupa 2 benda yeop. 1 tangkap ikan, 2 tangkap gambar. Kemdian bluetooth, emel utk share bagi tontonan kawan-kawan lain semua kasi steam semangat semua turun mancing.

Buat team Bee Royale & Royale Ace yang under planning TwinRoyale trip Pulau Pangkor. Harap plan kasi jadi. Pada yang baru nak join mancing laut tu,. jangan takut mabuk laut.

Ini mabuk halal lah bro. Mabuk kat darat haraaaamm. Mabuk laut halal cuma fenin-fenin, muntah hijau kunin ajee.. tapi gerenti berpinar bijik mata dan jadi fresh n white bila dapat ikan size pecah tong,. ha ha ha...

Teruskan cabaran semua. adios.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Negeri-Negeri Utara, Pantai Timur Dan Sabah

Amaran angin kencang dan laut bergelora yg perlu di pandang serius kaki pancing yg merancang trip mancing kat laut dalam. Angin badai, taufan kat darat amat berbeza angin, ribut, ombak kat lautan. Kat darat, mancing sungai, lombong boleh berlindung, cari tempat teduh, tempat tinggi. Kat laut, pasrah ajalah yg mampu kita buat,. hanya takdir menentukan. Jangan pertaruhkan hobi mancing dgn bahaya yg tak terduga. Ramalan cuaca dan arus laut penting utk di teliti sebelum turun trip mancing ke laut.

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama)-- Angin kencang dengan laut bergelora disertai ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di perairan di negeri-negeri sebelah utara, pantai timur dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa.

Angin kencang Baratdaya dengan kelajuan 40 hingga 50kmsj di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Layang-Layang, Labuan dan Sabah adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, kegiatan rekreasi laut dan sukan laut, kata Jabatan Meteorologi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Angin kencang dan laut bergelora itu juga melanda Phuket dan Samui di Thailand selain Condore, Reef North dan Palawan. Bernama

In Memory - Nurul Iman, Manjoi 07-OKT-2006 (Minggu pertama Ramadhan)

In Memory - Nurul Iman, Manjoi. Lawatan ke-2 pd 26-NOV-2006, Lebih Sebulan kemudian (Lepas Raya)

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Sumbangan Hamper & Duit Raya

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Majlis Berbuka Puasa

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Ucapan Aluan

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Konvoi

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Sumbangan Keperluan Harian

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Solat Terawih & Tazkirah

In Memory - Meraikan Hari Raya Buat Nurul Ihsan


Simpati Sahaja Tidak Membantu, Hulurkan Bantuan Anda,.