ni bot 1 dan bot 2. Malam tu arus kuat dan bot berlabuh berhampiran pulau. Pagi besoknya awal pagi hujan lebat turun. Dan Bot 1 dan Bot 2 berlabuh di hadapan Pangkor Laut yang ekslusif tu. 2 Bot dock sekali bagi elakkan arus dan ombak buat bot macam buai. Sebaik hujan reda, bot 2 pula hadapi masalah tali sauh tersangkut kat batu karang. Tunda punya tunda akhirnya putus tali sauh tu. Itu satu masalah pasal bila takda sauh maknanya bot tak boleh berlabuh untuk aktiviti mancing.
Akhirnya bot menghala ke kawasan boya dan Bot 2 di tambat kat boya berkenaan. Kat boya berkenaan Fairuz naikkan 3 ekor cencaru. Bot 1 berlabuh jauh sedikit dari boya. Arus masih kuat dan nak berdiri pun seriau jugak.
Akhirnya port boya berkenaan merupakan ending mancing GP Pangkor hari tu dan kedua bot akhirnya bergerak pulang dan tiba di jeti jam 1 tengahari, terpaksa balik 5 jam awal.
Update lain bakal menyusul nanti. (movie bot 1 sedang menghampiri bot 2 untuk berlabuh sebelah menyebelah berhadapan Pusat Peranginan Pangkor Laut, dengarkan bunyi deru angin yang bertiup kuat, scary wooooo)
No comments:
Post a Comment