Established in Ipoh, Perak Darulridzuan (Malaysia)
Greetings From Unipro Fishing Club



Trip Mancing 2012



18 - 19 Dec Okt 2011
Trip Bot, lokasi Kapal Pecah. chief event Mamak Rao (mintak maaf udah fully booked)

29 -30 Okt 2011
Repeat Trip Kelong Batu Undan - Marzuki(9 orang, udah penuh)


19 - 20 Okt 2011
Trip Kelong Batu Undan - trip lepas gian, Royal Cruz C team, orai Muzir batu serai


19 - 20 Okt 2011
Trip Bot Pulau Talang
Razif


Feb 2019
Trip Pulau Jarak. Fully booked. Gang otai mesin karan


01 - 02 Okt 2011
Trip Kelong Batu Undan - Marzuki, Samsul, Mat Nod, Zul alkelantani, Bob Ofim, Hj Baha

23 - 24 July 2011
Trip Pulau 9 - John FG

23-24 Jul 2011
Trip Kelong Batu Undan. Zul alkelantani

16 Jul 2011
Trip Kelong Bainun Ah Heng. Razif

16 Jul 2011
Trip Lombong Pecah, Pantai Remis - Mat Nod, Zul, Imran, Wan, Nuar. 1 day trip.

28 - 29 May 2011
Trip Pulau 9 - John FG (fully booked)

14 May 2011
Lombong Pecah, Pantai Remis (mancing lombong air masin & pantai) - Mat Nod FT (open trip to all members, kos umpan, makan approx RM20). Minat join, sms to 019-5120088

9 - 10 Apr 2011 jugak
Kelong Ah Heng @ Kelong Bainun - Imran

9 - 10 Apr 2011
Trip Pulau Sembilan - Mamak Rao

29 - 30 Mar 2011
Trip Pulau Sembilan - RoyaleCruz, Bro Muzir

28 Mar 2011
Trip Pulau Talang - BeeRoyale, Abah Ghani

13 Mar 2011
Trip Ujung Rintis - Khairul Chulat

12 Mar 2011
Trip Pulau Talang - Razif

9 Mar 2011
Trip Pulau Talang - RoyaleAce, Epoi

6 Mar 2011
Pertandingan Memancing Unisem, Papan Fishing Pond - contact John FG

26 - 28 Feb 2011
Trip Pulau Jarak - Mamak Rao

26 Feb 2011
Lombong Pecah, Pantai Remis - Azri

14 - 15 Feb 2011
Kelong Batu Undan - Muaz brothers

5 Feb 2011
Trip bot Pulau Talang - Razif

24 Jan 2011
one day trip jinggo hunting jugak Ujung Rintis - Epoi, Azly Crystalwhite

16 Jan 2011
one day trip for jinggo hunting, Ujung Rintis -Epoi

14-16 Jan 2011
Trip bot Pantai Remis - John

11 Jan 2011
Trip jinggo, Ujung Rintis - Khairul Chulat

8-9 Jan 2011
Kelong Batu Undan, Sitiawan - Mamak Rao

4-5 Jan 2011
Kelong Bainun - Muaz brother's

9 Jan 2011
Trip bot Pulau Talang - Chief event Kenny MEMC

Anda 'Ada Bran' ?? Join kami mancing sungai, lombong, muara, laut. Kami Ipoh Mali Talak Sombong Punyaaaa..

SMS trip anda ke 019-512 0088 untuk dipaparkan disini. Terima kasih.

Port Mancing Kelong Pilihan Unipro 2011 (hubungi no dibawah)

Port Mancing Kelong Pilihan Unipro 2011 (hubungi no dibawah)

Port Mancing Kelong Pilihan Unipro 2010 (no tel dlm photo dibawah)

Port Mancing Kelong Pilihan Unipro 2010 (no tel dlm photo dibawah)
gimme one click please ! donate us 2cents by click below ad. We really appreciate that!




INTRO : UniPro The Unforgettable

INTRO : Koleksi Unipro 2008/2011

Fishing Competition, Gopeng Mar 2009

Fishing Competition, Gopeng Mar 2009

Uni Royale Ace dengan aksi rock kapak on da way ke Kelong Sri Bainun

Uni Royale Ace dengan aksi rock kapak on da way ke Kelong Sri Bainun

Uni Bee Royale di Kelong Sri Bainun

Uni Bee Royale di Kelong Sri Bainun

Chekedondon di Konsert Awan Biru

Chekedondon di Konsert Awan Biru

Di Wak Nan Fishing Challenge

Di Wak Nan Fishing Challenge

'ada bran', mancing sama-sama, cool trip, cool journey

'ada bran', mancing sama-sama, cool trip, cool journey

Asyik keroje.. keroje.. kerojee.. mancing la pulaaakk.. syookk beb!

Asyik keroje.. keroje.. kerojee.. mancing la pulaaakk.. syookk beb!

Machaa,.. kita orang pun ada mancing jugaaaakk.

Machaa,.. kita orang pun ada mancing jugaaaakk.

sekor ikan empat orang tarik wooo..

sekor ikan empat orang tarik wooo..

mancing, santai, relaxx.. what a priceless moments money cant buy.

mancing, santai, relaxx.. what a priceless moments money cant buy.

Unipro,. always the best! We are fishing mania..

Unipro,. always the best! We are fishing mania..

Koleksi Terbaik Unipro

NEW POSTINGS STARTS HERE
POSTINGS TERBARU BERMULA DISINI
HAPPY SURFING / SELAMAT MELAYARI
UniProfishingClub for Chekedondons
Location / Lokasi : IPOH, PERAK
Country / Negara : MALAYSIA
contact us : uniprofishingclub@yahoo.com

Tuesday, June 30, 2009

Ikan Gergasi Tasek Kenyir ??

Misteri ikan naga Tasek Kenyir

HULU TERENGGANU: Ikan naga? Tidak ramai mengenalinya, namun ia menjadi bualan sejak kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba, baru-baru ini.

“Apa yang digelar ikan naga di Tasik Kenyir sebenarnya ikan Arapaima Gigas. Mungkin orang menggelarnya ikan naga sebab saiznya besar dan kulitnya bersisik besar seperti naga.

“Namun, ikan itu tak makan orang dan saya yakin dua kes kematian yang berlaku baru-baru ini tak ada kena mengena dengan ikan itu.

”Demikian kata pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir, Mohd Bidin Ibrahim, 45, mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kematian pekerja projek Taman Burung, Helmi Shukri Hashim, 28, dan anggota bomba, Aladi Hassan, 41, berpunca daripada serangan ikan naga yang menghuni tasik itu.

Helmi mati lemas selepas didakwa terjatuh dari bot pada 14 Jun lalu ketika menghantar rakannya membuang air di sebuah pulau di tasik berkenaan.

Aladi yang melakukan misi mencari Helmi ditemui lemas sehari selepas kejadian di dasar tasik berkenaan dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu balak.

Mohd Bidin dari Kampung Langgar, di sini, yang 20 tahun mencari rezeki di tasik seluas 2,600 kilometer persegi itu berkata, kewujudan ikan bersaiz gergasi di dalam Tasik Kenyir bukan perkara aneh kerana dia pernah melihat seekor ikan sepanjang kira-kira tiga meter.

“Saya pernah melalui pengalaman diekori seekor ikan gergasi yang saiznya sama besar dengan bot gentian kaca yang saya naik. Kejadian itu berlaku tahun lalu dan ia antara peristiwa yang tak akan saya lupakan,

” katanya.Menurutnya, pengalaman berkenaan turut dialami beberapa rakan yang mencari rezeki di tasik dipenuhi pelbagai spesies ikan sungai seperti Toman, Kelah, Lampam, Sebarau, Baung dan Tapah itu.

“Walaupun ramai nelayan tasik pernah terserempak atau dikejar ikan gergasi itu, sehingga kini belum ada yang mati disebabkannya,” katanya.

Menjawab soalan bagaimana ikan Arapaima Gigas boleh turut menghuni Tasik Kenyir sedangkan hidupan itu sebelum ini dikatakan hanya mendiami Sungai Amazon di Brazil, Mohd Bidin mendakwa kejadian itu ada sejarahnya yang tersendiri.Menurutnya, ikan Arapaima Gigas itu dipercayai terlepas dari kolam yang dibina di sebuah chalet berhampiran Tasik Kenyir.

“Ikan itu pada mulanya milik seorang lelaki Cina yang juga pengusaha chalet. Disebabkan ia cepat membesar, pengusaha terbabit melepaskan hidupan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sungai Petuang.

“Malangnya sebanyak empat ekor ikan itu terlepas keluar, tapi seekor mati. Saya difahamkan, ikan ini boleh membawa tuah, ia hanya memakan anak ikan dan tidak menyerang dan mengancam manusia,” katanya.

Mohd Bidin berkata, dalam kejadian terbaru 20 Jun lalu, seorang pekerja sebuah chalet di Sungai Tembat mendakwa ternampak kelibat ikan dipercayai Arapaima Gigas timbul di permukaan air.
Mengesahkan lagi kewujudan ikan Arapaima Gigas di dakam Tasik Kenyir, Mod Bidin membawa wartawan Metro Ahad berjumpa rakannya, Shamsuddin Abd Rahman, 45, yang dikatakan pernah menaikkan ikan gergasi berkenaan yang menyambar umpan pancingnya.

Shamsuddin dari Kampung Tajin, di sini, berkata kejadian berlaku sembilan tahun lalu ketika dia bekerja sebagai buruh projek Lebuhraya Simpang Pulai dan tidak menyangka memperoleh ikan berkenaan secara tidak sengaja.

“Beratnya ketika itu 35 kilogram, manakala panjangnya mencecah dua meter. Ketika itu saya tidak tahu jenis ikan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya dan terkejut apabila rakan sekerja memberitahu ia ikan Naga.

“Ikan itu memang cantik dan bentuknya tidak sama dengan ikan lain. Badannya berwarna warni, kepalanya seakan-akan kepala itik manakala ekornya merah.

“Waktu itu saya tidak tahu ikan berkenaan harganya mahal dan menjual dagingnya yang agak liat kepada rakan pada harga antara RM10 hingga RM12 sekilogram, malah ramai bergambar dengannya ketika membawa pulang di Kuala Berang,” kata Shamsuddin.

Menurutnya, selepas berita penemuan ikan berkenaan tersebar luas, dia didatangi seorang lelaki dari Singapura dan menawarkannya RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.

“Saya tepuk dahi ketika itu kerana ikan berkenaan sudah mati dan dagingnya dijual kepada orang ramai. Saya juga tidak tergamak menjamahnya kerana bentuknya pelik seperti naga, sisiknya tebal dan hujungnya seperti muncung itik,” katanya.

Shamsuddin berkata, selepas kejayaannya, ramai kaki pancing mencuba nasib untuk memperoleh ikan itu, namun sehingga kini tiada siapa berjaya menaikkannya.

Dia berkata, jika sengaja mencari sama ada ingin melihat atau menangkap ikan berkenaan, ia sukar ditemui kerana ia sentiasa beralih sungai untuk mencari makanan.

Shamsuddin berkata, selain ikan Naga, keadaan tasiknya yang luas menyebabkan pelbagai hidupan air lain turut dikaitkan dengan misteri itu, antaranya dakwaan wujudnya ikan Tapah gergasi di tasik berkenaan.

Penemuan ikan Tapah gergasi diakui Rosli Sulong, 34, yang pernah bekerja sebagai pemandu rumah bot sejak awal pembukaan tasik itu.

Sama seperti pengalaman dilalui Mohd Bidin, bot dinaikinya diekori seekor Tapah sebesar bot gentian kaca dan ikan itu berpatah balik apabila enjin botnya dimatikan.

Katanya, kejadian berlaku di Sungai Lasir dan mendakwa ikan berkenaan ada di tepian sungai kerana mencari ikan bersaiz kecil dan anak monyet.

Dia berkata, selain mengalami peristiwa itu, beberapa rakannya turut menceritakan kejadian sama tetapi di sungai berlainan.

“Ikan ini tidak mengganggu manusia, ia mungkin tertarik dengan buih hasil putaran kipas bot dan mengekorinya. Namun saya percaya ikan ini memang besar kerana saya pernah melihat kelibatnya,” katanya. sumber : Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wooiit,. udah macam seludup rokok la plaakk. -Team Ration, Abah G & M.Feirkhan

wooiit,. udah macam seludup rokok la plaakk. -Team Ration, Abah G & M.Feirkhan
Kerja Amal Di Sertai Pekerja Unisem bersama NGO, Sponsorship

In Memory - Nurul Iman, Manjoi 07-OKT-2006 (Minggu pertama Ramadhan)

In Memory - Nurul Iman, Manjoi. Lawatan ke-2 pd 26-NOV-2006, Lebih Sebulan kemudian (Lepas Raya)

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Sumbangan Hamper & Duit Raya

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Majlis Berbuka Puasa

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Ucapan Aluan

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Konvoi

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Sumbangan Keperluan Harian

In Memory - Rumah Anak Yatim Nurul Ihsan, Solat Terawih & Tazkirah

In Memory - Meraikan Hari Raya Buat Nurul Ihsan


Simpati Sahaja Tidak Membantu, Hulurkan Bantuan Anda,.