kenny dgn aksinya. kabarnya kali ni kenny tak mabuk. seronok layan appolo tuuu..
kenny lagi dgn cencaru,. dema banyak naik cencaru hari tu. Jumpa port baik punya
zul alkelantani. dgn ikan talang,. mak oiii,. ustaz wat naik 2 ekor sekali. Ikut cerita nya dia tidur sat, kawan2 lain pesta ikan. Pancing siap dgn umpan bilis dah kering tergantung. Sekali kawan2 smash sama dia. Apa lagi, dgn hati bara dia baling terus umpan bilis yg dah jd ikan kering kena panas matahari,. tapi sekali turun mengena pulak 2 ekor talang sekali gus. Molek la tu, umpan bilis kering untuk ikan talang buat ikan kering jugak. Member2 semua hot je tengok, heheh.
kira terror lah, berdiri boleh, duduk pun naik ikan jugak. Ni pun macam buah anggur jugak si zul naik penuh mata.
Sharmin dgn kerapu belang. Kali ni kabarnya bro Sharmin kita pun steady je takde fenin-fenin lalat lagi. Udah dapat ikan mana nak penin nye yeoopp.. seronok lah tuu.
Kenny dapat pulak ikan pecah periuk. Hahaah, nasib baik muka hansem tak macam pecah rumah, heheh,. dapat ikan pecah periuk. Boleh lah masuk periuk kat rumah. Terror Kenny kali ni.
Kenny lagiiii,. naik talang jugak,. ni mau challengse sama si Zul ni. Apapun tinggal satu mata pasal naik sekor, member sekali naik 2 ekor bebb.. heheh.
Mr Hiraga,. kabarnya mancing tak berenti. Malam wat naik jenahak. si Zul wat naik 2 ekor gerpoh malam tu, tapi gambar takdak.
As sedang beraksi,. sampai hati kome tak ambik gambar tangkapan si As. Kabarnya dia pun banyak naik ikan hari tu.
Mr Hiraga, dari malam sampai ke siang mancing tak berenti. Kabarnya kali ni Mr Hiraga puas memancing dan tebus kecewa masa kat trip kelong bainun dulu dpt ikan kecik-kecik. Kali ni Mr Hiraga Champ dan menang hadiah misteri wooo,. sponsor dari Vendor.
WK Au sedang beraksi. WK Au pun puas naikkan ikan hari tu masa main appolo. Kira semua orang puas hati betul dgn trip dema kali ni. Congrats la Zul alkelantani. Menjadi pulak trip mu kali ni.
Khairul dgn pose istimewa beliau sambil layan trolling. Kira Khairul yg paling otai lah dalam trip hari tu.
on da way balik trip. Muka semua penat tapi puas hati.
dema bawak balik lebih 40kg ikan hari tu
macam2 ikan ada, kebanyakannya cencaru,. bulan, gerpoh, jenahak, pecah periuk, kerapu, ikan merah, jalur gemilang, pelata dan ikan sebelah (naik sebelah saja kata dema, sebelah lagi ada kat dalam laut)
seronoknya trip dema ni,. tangkapan dibagi sama rata. Pening ke, dapat ke tak dapat, tapi tangkapan dibagi sama rata, sama banyak. Adilla tuu. Kira semua balik puas hati.
Port dema lupa la plak, yg ingat katanya dekat Pangkor laut, Pulau Dua dan hari kedua banyak main kat boya berdekatan tukun perak. Trip ni pada 13-14 Mac-2010. Mod mohon maaf banyak2 di atas kelewatan update blog. Nak buat macamana semuanya bizi belaka. Ok,. banyak lagi update seterusnya selepas ini. Pada kawan-kawan yg turun memancing, pastikan tangkap ikan dan tangkap gambar dan hantar utk upload di blog atau jika masuk kat FB tolong tag kat blog Unipro dan kita akan ambik photo dari situ.
Ok, Selamat memancing buat semua.
MOD2.
No comments:
Post a Comment