Masa Cuti 25 Dis - 29 Dis baru ni teman balik di Kuala Kangsar air dah surut dan kelihatan aktiviti memancing dan menjala meriah di sepanjang sungai. Hingga satu malam tu teman turun ke Jeti K.Kangsar siap bawa umpan, pancing tapi akhirnya jadi kaki tumpang tengok pasal jeti pada malam tu penuh dengan pemancing sampai dah tak ada tempat teman nak tenggek dah. Dan pada 29hb Dis baru ni semangat mancing sungai dah bangkit balik. Walaupun dah lama tak layan sungai pasal tahun ni kira dah mola mancing laut tapi layan jugak la. Sempat la mancing 3 jam kat Lembah JPS.
Walaupun tak dapat tangkapan hari tu tapi hati puas kerana dah lepas gian tengok sungai dan mancing kat sg Perak, K.Kangsar. Kat Taman Lembah JPS ni teman pernah penaik tenggalan, lekoh, udang, lampan, baung dan bintulu.
Sekianlah coretan mod anda.
No comments:
Post a Comment