kelong seri bainun
Trip pertama pada Sabtu/Ahad ni, 10/11 April oleh gang FG Store. Khabarnya 6 orang akan turun trip kali ni. Manakali trip kedua pulak oleh gang RoyaleAce yg akan turun pada selang sehari hujung minggu ni jugak yaitu pada Ahad/Isnin, 11/12 April.
Nampaknya dua group ni akan bertemu pada hari Ahad 11hb April nanti kat atas kelong. Hmmm,.. habis gempak dan havoc lah nanti.
Chief Event FG Store adalah bro Khairul manakala RoyaleAce oleh bro Epoi @ Saiful Nizam. Yang akan turut serta bersama RoyaleAce adalah seramai 15 orang dan khabarnya dema ada menu special untuk santapan kawan-kawan semua. Menu paling special dema adalah sup ekor,.. weeiii,. bahaya nie,, tapi gitulah kira-kiranya. Check last trip RoyaleAce ke kelong ni dema masak sup ekor jugak. Tapi tak leh lawan kita punya kor masakan masa trip grand trip yg disertai oleh 40 orang peserta ke kelong lah, siap masak nasi 2 periuk besar, dgn lauk kari ayam, sayur bayam, telur dadar, udang, sirap siap desert lagi.
Itulah kelebihan follow kita punya trip ha ha ha. Makan gerenti puas hati punya.
Opps lupa plak, trip ketiga adalah pada 27/28hb April dari gang RoyaleCruz yang akan diketuai oleh bro Muzir. Menu depa pun mantap jugak.
So kengkawan, yg nak pi boleh lah pilih mana-mana trip yang berkenan.
10/11 April Sabtu/Ahad - FG Store, chief event bro Khairul chulat
11/12 April Ahad/Isnin - RoyaleAce, chief event bro Epoi @ Saiful Nizam
27/28 April Selasa/Rabu - RoyaleCruz, chief event bro Muzir batu serai
So, happy fishing buat kengkawan yang 'ada bran' lah yg akan sertai trip di atas. Jangan lupa beat 'king siakap' th lepas yaitu bro Fendy kite. Pada yg dah kawin jgn lupa mintak permit bermalam luar mukim ngan bini masing-masing dan cakap betul-betul jgn konar-konar pulak. Pada yg nak perlu surat pengesahan trip tu untuk dapat pelepasan bini boleh lah refer kat chief event trip diatas,. ha ha ha..
adios.
No comments:
Post a Comment