Nama kolam tu katanya Kolam Arapaima, tapi bukanlah ada ikan arapaima. Kolam arapaima yg ori tu rasanya bersebelahan -seberang jalan kg- dari kolam berbayar yg baru bukak tu. Ada ke lagi kat tapak kolam Arapaima tu tidak le tahu.
Kolam berbayar baru tu, kalau dari kg Merawan Indah hala nak ke Masjid Kg Kepayang, kolam tu belah kanan. Yang besa mengulang ke lombong Tok Sebelah akan lalu kolam ni. Caj RM20 saja untuk 3 jam, ikan macam-macam ada. John sebenarnya dalam misi riki port untuk Pertandingan Mancing bagi kilang Unisem yang dijangka di adakan pada 28hb March 2010 nanti.
Kepada yg berminat boleh turun jam 3ptg. Ahad ni jugak jangan lupa pada yg mengenali member kita Meor Ah Chong akan melangsungkan perkahwinan pada hari tu jugak. Jadi pada yg pi kenduri tu kut nak bersama John, boleh terus bawak pancing, habis kenduri boleh terus ke Kolam Arapaima ni.
member-member dari BeeRoyale, RoyaleAce, RoyaleCruz, MEMC, Finisar, Carsem, mat rempit, mat pit, kaki ketum, yg berminat boleh join.
member-member dari BeeRoyale, RoyaleAce, RoyaleCruz, MEMC, Finisar, Carsem, mat rempit, mat pit, kaki ketum, yg berminat boleh join.
Sekian dimaklumkan, roger n out.
(tips mancing kolam baru ni, ikut maklumat unit peninjau kita dicadangkan pakai roti perisa strawberi buh kat mata rambai, boleh main dasar atau float, amaran unit risikan pulak kolam ni senang sangkut, dan antara main dasar dan float -pelampung- float lagi senang dapat, bangkali pasal tergantung ikan lagi senang nampak kut. Apa pun anda berhak tidak percaya maklumat unit peninjau dan unit risik tak bergaji ni,. ha ha ha)

No comments:
Post a Comment