
En Jalil dengan tangkapan Pari -baju dark blue- Champ Grand Trip kali ni
haaa, ni lagi tak aci, ikan semilang ni tangkapan pertama terberat yg dapat waktu tengah malam dalam 1.30pg. Yang tak acinya tuan pancing ni tidor lena, yang penaik ikan pun orang lain. Tuan pancing dan tangkapan ni si Kechik hanya bangun bila ikan ni di bawa kat dia. Nasib-nasibb,.. yg berjaga mancing tak dapek, yg tido jugak champ..
ni pun nasib jugak. Kalu ikut kan Sharil dapat tangkapan terawal pada petang berkenaan tapi sayangnya Siakap tu sempat di tarik timbul sekali, lepas tu dia lari bawah dan sangkut kat tali kelong. Kalu tidak konpim Shahril juara kali ni. Ikan tu dah naik dah tapi nak buat gena dah nasiibb. Tengok rod Shahril bengkok di henyak Siakap.
ni marsyal pertandingan kita sdr Wan Patah,. tengah nak timbang pari En Jalil. Dia antara orang paling sibuk urus pemancing dan pertandingan. Syabbass buat Wan Patah yg telah menjalankan kerja dengan cemerlang, gemilang dan tak temberang.

ni mod zul dapat ikan todak tapi pasal size dia kecik kita panggil ikan kacang. Walaubagaimanapun tangkapan tak di kira pasal kurang berat lah.
Kechik menerima hadiah tempat ke -3 dari Bob Archer. Tido-tido pun dapat ikan dan menang. Tak patut,.. tak patutt.. apapun tahniah buat Kechik.
Gambar pemenang utama En Jalil tidak diterima. En Jalil merupakan Champ bagi Grand Trip kali ni. Congrats bagi En Jalil.
Pada yang menang tahniah di ucapkan dan pada yang tidak berjaya pada kali ni, boleh cuba lagi kali, kerana kita yakin depan-depan akan ada lagi Grand Trip yg kita akan buat kat Kelong ni. Kelong Bainun ni dah kira tempat favourite Chekedondon semua.
No comments:
Post a Comment