Yang menariknya trip kali ni di ikuti oleh 3 orang yang baru pertama kali join trip chekedondon lah. Tkk, Ayin dan Zarin telah ikut serta kali ni. Dan tahniah untuk mereka bertiga kerana menyertai trip mancing tempohari dan welcome to the club dan anda kira 'ada bran' he..he..
Bertolak seawal jam 7.45 pagi dari rumah Kenny, kami dengan 2 buah kereta bergerak dan singgah kat pekan Batu Gajah beli bekal makanan. Umpan Khairul dah bawak buah kelapa sawit satu kampit besar. Ni kira nak rasuah dan umpan ikan sekali lah. Umpan lain anak udang hidup, cacing dan tepung dedak.
Dari Batu Gajah kami bergerak ke Kota Bharu dan seterusnya ke arah Makam Teja. Tiba di sana Zarin dah menunggu kat jalan masuk tu.
Malangnya kebanyakan port -tempat- dari belah jalan dah penuh dengan pemancing. Kira meriah sungguh hari tu. Di belah kanan dema yang casting haruan ada, hat tahan pukat pun ada. Manakala port belah kiri jalan pulak area lombong Makam Teja tu hat ada kawasan lapang semua dah penuh dengan pemancing.
Tiba di sana hampa lagi pasal semua port yang ada penuh dengan pemancing. Akhirnya kami buat keputusan untuk patah balik dan mancing di kolam berbayar Baiduri Gopeng Fishing Pond kat Lawan Kuda.
Dan hasilnya,. jeng,. jeng,. jeng,. 3 ekor ara telah berjaya di naikkan.
Ahad ni kami plan nak repeat kat Baiduri Gopeng Fishing Pond kat Lawan Kuda tu. 2 Jam RM12, tambahan 1 jam RM10 ja. Ikan banyak main. Umpan di syorkan dedak campur kerisek atau umpan roti gardenia saja.
Gambar-gambar lain akan di masukkan dalam slide nanti.
adios.
No comments:
Post a Comment