Setelah hujan reda, kami sarapan pagi dulu. Nasib baik bawak tong gas, senang masak kopi panas. Ikut plan asal, nak balik jam 8 pagi. Tapi memandangkan 8 pagi baru hujan berenti, dan umpan pun banyak lagi maka kami buat keputusan untuk sambung mancing dulu.
Kemudian tanpa apa-apa plan, John dan Zul yang memancing sebelah menyebelah telah bertukar menjadi satu pertandingan antara mereka berdua. Kedua mereka berentap sengit dengan keduanya menaikkan tangkapan silih berganti.
Hasil yang mereka peroleh trip hari tu,.
inilah hasilnya, kira ok lah untuk trip pertama makan pagi duluuu dengan mushroom soup, sardins, roti, kopi dan bbq semalam
mana ntah john dapat nasik ni.. semalam punya kut.
9.38 pagi, John naikkan ikan tetanda
9.45 pagi, John naikkan pula senangin
10.22 pagi, si Zul yang naik angin dengan John, berjaya naikkan cow fish -ikan lembu-
7 minit kemudian, Zul naikkan pula gelama
10.43 pagi, John menyaingi Zul dengan menaikkan gelama juga
keduanya berentap, sambil usik mengusik, ejek mengejek sesama depa. Masa tu gang lain ada mancing sama, tapi ikan silih berganti naik kat belah dema berdua ni. Nak di jadikan cerita, dalam hangat bersaing sesama dema tu, 10.50 pagi kedua joran mereka di sambar serentak. Maka kayuh lah mereka berdua dengan debar ikan sapa paling besar. Dari lentur jiran ingatkan dah size GT, rupanya kedua rod mereka dapat 2 ikan gelama serentak. ha ha ha... kira adillah la tuuuu..
11.17 pagi, John naikkan ikan cow fish jugak sama size dengan Zul punya. Kira break even lah depa. Tengok John punya senyum ala-ala perli. Seronok bukan main ya, ikan tak lah besar tara mana, tapi ye lah pasal udah seronok
dan akhirnya 11.19 pagi, si Zul naikkan senangin kasi balance John punya senangin. Fuuhhh dema berdua berentap sengit pagi tu. Apa yang John naik Zul naikkan sama. Cuma tetanda aja John dapat tapi gagal Zul saingi. Jadi pagi tu kira John 'champ' lah. Tapi Zul tak puas hati. Dia kata semua John punya catch pagi tu masa berentap dengan dia kira fault. Haaa,.. apasal pula.. rupanya John mancing pagi tu guna pancing si Zul,. ha ha ha rupanya menjadi la brother Zul punya pancing. John punya pancing 15 kaki, dia baling kat tepi pantai sampai sudah dia tak usik bila dapat port tempat ikan main tu.
11.30 pagi umpan dah habis. Selepas itu semua berkemas untuk pulang. Kemas mini tent, set pancing, kemas tapak tempat berkhemah, kelengkapan dapur semua,..Lepas tu kena ulang alik guna motor. Sebenarnya jika bawa kelengkapan pancing saja tak jadi masalah untuk menapak 1km pun. Tapi trip kali tu bawa kelengkapan camping sekali siap dengan set barbeque, tong gas pun angkut sekali tu yang kena ulang alik banyak kali. Kalau angkut menapak mau patah pinggang di buatnya.
tugas-tugas khas angkut barang di kendali oleh brother Mukhtar. Mana dia dapat motor haaahhh,..
dema menapak lah. John dan Marzuqie. Weeei... orang situ pesan jalan pulang jangan toleh belakang. Hanpa toleh buat apa. Tu mesti tak puas hati lagi tu. Rileks brother,. kita akan buat Grand punya repeat trip kat port ni satu hari nanti.12.30 tgh kat parking sebelah post keselamatan power plant.
Kemas barang masuk dalam kereta untuk berangkat pulang.
kemas yeooopp,.. bini dah tunggu mana laki dema tak balik-balik lagi tuu.. janji nak balik 8 pagi. Kome punya permit sampai 10 pagi kat Ipoh aje. Jangan nak berposing lagi. Kang depan-depan kena perintah berkurung kat rumah. ha ha ha...
Tunggukan Repeat Trip Segari Power Plant.
The End. ~MOD2
macam best je tempat tu, Insya Allah satu hari nak pi sana. terima kasih.
ReplyDelete