bot 1 dan bot 2, bot 3 tiba di Jeti Kg Koh
waaa,.. canteknya panorama..
3 sailor bot biru belakang nu hadiah nya.. ha ha ha
jadi kena menapak la semua.. tak jauh puuunn..
ayah aris,. berat tuuu..
Walaupun Grand Trip Pangkor pada kali ni tidak berapa menjadi berbanding 2008 tapi semua cool dan puas hati. Tak berapa menjadi di segi hasil tangkapan aje, lain-lain takda hal semua oky. Ini kali pertama sejak kita berulang ke perairan Pangkor gagal mendapatkan umpan ikan bilis. Umpan lain memang ada disediakan tp umpan bilis tak boleh miss punya. Umpan bilis di beli kat tengah laut, fresh yg naik dari pukat tapi malangnya pada kali ni pada petang 25hb tu ke empat buah bot ikan bilis yang kita hampiri pun takda hasil jugak. Bila di tanya tekong bot bilis kata hari tu dema semua tarik sampah aje. Hmm.. nak buat camana, dah nasib lah yee.. untuk perairan Pangkor umpan bilis penting untuk pancingan guna apollo.
Dan selepas ini 2 trip akan menyusul, yaitu ke Pulau Jarak yg hampir kesemuanya dari peserta Bot 3 akan turun repeat bulan November ni. Manakala 2 group lagi, rakan-rakan satu tempat kerja dari group Bee Royale dan Royale Ace akan bergabung untuk trip Pangkor pada bulan Oktober nanti.
Syabas semua. Kali ni semua peserta tahan ombak dan alun dan tiada yg mabuk nazak punya, tapi kabarnya di bot 3 ada kawan kita yg naik bot aja dah fenin dan pancing pun tak cecah air langsung. Apapun kita respect la, bro memang ada bran. Kita tak mention kat sini, t-s-t ajalah. Tahniah buat semua peserta dari club members dan peserta luar yang telah turut serta GT Pangkor anjuran Unipro tempohari. Insya'Allah tahun hadapan kita akan adakan lagi trip serupa.
Congrats to all. Salam Ramadhan & Wsl,
adios.
Tahniah Bro..trip setiakawan yang baik ni..berepisod plak ye..G'luck untuk trip akan datang.
ReplyDelete