
Semasa balik dari kelong Batu Undan 24 July lalu, suasana meriah di kaki jambatan Bainun. Ramai pemancing yg turun ke situ. Hampir setiap kaki jambatan ada pemancing yg mencuba nasib. Siap ada yg bawa anak isteri lagi mancing sambil santai makan angin. Gambar di ambil dari belah kg baru, lumut. Untuk naik ke kaki jambatan hanya parking kenderaan kat bawah jambatan tu dan no tel ada di pamer kat tembok jambatan. Tak silap RM5 satu kali hantar. Idak ler tahu pulak kalau-kalau si Ah Heng tu dah naikkan rega bot hantar ke kaki jambatan tu. Dari berita yg diterima, hasil boleh di katakan ok jugak dgn ada kaki jambatan tertentu yg menjadi port sasaran. Saksikan gambar2 yg sembat kami rakamkan,.. suasana meriah di kaki jambatan Bainun.
seawal 11pg, udah ramai kaki pancing naik kaki jambatan bainun
hampir semua kaki jambatan dari no 5 keatas ada kaki pancing
gambar close up,. tengok,. meriah sakan atas kaki jambatan tuu..
Salam Ramadhan dari kami team UniproFishing dan selamat mancing,.
adios.
No comments:
Post a Comment