Jadi inilah dia, brother kita yg malu ala-ala kucing ni, tak mahu dikenali katanya,. dengan kili Tica Sportera Sr5000 dan rod Lemax medium heavy. Dengan tangkapan ikan jelawat.
Trip ni lama dah, 15-Mar lagi. Lombong kat Malim Nawar. Umpan sawit dan pakai pelampung. Katanya hari tu nasib tak berapa baik. Ikan ada main tapi baling tengah dia kilas kat tepi, baling tepi dia timbul kat tengah. Tapi kira ok lah tuu dapat jugak jelawat comei. Hangpa jangan gelak kat dia, pasal tahun lepas dia pernah penaik tongsan 6 kilo ooooo. Katanya misi bro kita tahun ni adalah untuk pecahkan self record tangkapan dia tahun lepas.
Sama-sama kita tunggu gambar bro kita ni seterusnya, dah pecah rekod nanti kita reveal lah dia punya nama ha ha ha. Congrats to you bro.
MOD2
No comments:
Post a Comment