 |
abg e berjaya naikkan siakap |
Satu lagi trip yang berbaloi oleh Muaz brothers. Setelah berjaya menaikkan semilang dan jenahak sekerat kepala dek di cukai oleh alu-alu di Kelong Bainun, mereka turun pula ke Kelong Batu Undan.
Nampaknya lagi berbaloi dari Kelong Bainun bila kali ni mereka berjaya menaikkan siakap, ikan bulan, gt, tetanda dan tetuka.
Turun bertiga pada 14 - 15 Feb 2011. Bro Muaz, Mustaffa @ abg e dan Muhd Izwan. Dema ni turun mana pun betul2 menjadi la trip dema. Congrats bro semua. Ni kira hasil terbaik dari siri-siri kunjungan kawan-lawan ke Kelong Batu Undan pada tahun ni.
Yang sedihnya, bro Muaz dah bertukar kerja dan kabar nya dah posting ke Sarawak. alamak,. alamak,. nampaknya kurang lagi lagi member kite kali ni. Apapun kita yakin yang Muaz akan gian mancing tahan gaban bila kat sana nanti, almaklum la sana mana ada lombong dan kelong ala-ala santai spt kat belah sini.
Apapun nak balik sini roger dulu kawan-kawan kut-kut ada yg nak kirim-kirim gambir sarawak ka apa,. hahaha,.. bukan apa,. buat ubat hilang sengal-sengal gusi, sakit gigi,. hehehhh..
 |
hebaat,. |
 |
iwan, abg e, muaz,. bikin kawan-kawan lain jelez nih,.. |
 |
kasi can abe muaz kite bergambar dgn siakap, haha.. muaz berjaya naikkan gt. |
 |
wan,. ikan bulan |
 |
wan,. gt |
 |
menjadi betul trip dema di kelong ni. Siakap, tetanda, gt, bulan, tetuka |
 |
dari pelantar kelong. Kat bahagian ni lah dema banyak naikkan tangkapan. |
Congrats to Muaz brothers. Kabarnya kelong ni dah di tambah bahagian pelantarnya di belah kanan dan kiri. Jadi tambah lagi 2 port mancing dan boleh baling keliling kelong. Ikut kabar boleh naik sampai 20 orang satu masa. Nampaknya lepas ni berulang lah kawan-kawan semua ke kelong ni. Di segi tangkapan, Kelong Batu Undan ni lebih baik sikir dari Kelong Bainun. Dan untuk makluman semua juga, kita dalam perancangan untuk mengadakan satu 'grand trip' bagi 2011 yang dirancang di adakan di Kelong Bainun. Ikut plan asal pada 4 - 5 Jun 2011, sempena cuti harijadi Agong pada 4 Jun. Di Harap semua kawan-kawan dari RoyaleAce, BeeRoyale, RoyaleCruz, UniRoyale, Memc, Carsem, Yamaha dan yang berminat turut sama menyertainya. Open trip untuk semua yang 'ada bran'. Berani kalu buleh turun grand trip ni nanti. Ada pertandingan dengan hadiah-hadiah menarik di sediakan. Sekian update untuk kali ni. Selamat mancing buat semua. Jangan lupa, pada setiap trip anda, 2 mission, tangkap ikan dan tangkap gambar sekali.
Adios.
No comments:
Post a Comment