Carta Air 2011 (klik untuk besarkan)
Kepada kaki pancing laut juga di ingatkan agar membuat persiapan rapi terutama paling penting sekali adalah jaket keselamatan. Ada 2 jenis jaket keselamatan. Satunya life jacket dan satu lagi safety jacket.
Life jacket mempunyai tahap keselamatan dengan jumlah jam lebih lama jika terapung di laut. Ada yang tahan hingga 24 jam dan seminggu pun ada. Lebih mahal dari safety jacket. Antara terbaik punya life jacket macam yg digunakan Navy Seal.
Safety Jacket atau jaket keselamatan pula lebih murah. Serendah RM30 hinggalah RM70 - RM90 bergantung pada jenis dan design, jenama. Safety jacket tidak tahan lama di laut dan ada yg bertahan kurang 12jam, kurang 24 jam. Berat badan juga perlu di ambil kira. Setengahnya pula hanya menggunakan sponge kalis air biasa. Dan bila air sudah serap sepenuhnya pula dalam sponge ni, jaket tu jadi berat pula bila terpasang kat badan.
Jadi untuk keutamaan keselamatan, dapatkan satu dahulu. Jika laut dalam, bot sewa yg agak mahal biasanya ada disediakan jaket keselamatan ni. Tapi baik juga milik sendiri satu untuk persediaan.
Kesesuaian pasang surut laut lebih kepada peluang tangkapan, jenis dan saiz tangkapan. Kebiasaannya ikan menjadi aktif semasa air mula pasang dan semasa arus mulai surut dari pasang besar. Peluang menangkap ikan bersaiz besar lebih tinggi semasa air pasang dan bila pasang besar. Semasa air surut pula atau air mati bergantung pada tempat. Jika masih dalam kawasan perairan seperti memancing di muara, kelong,. ikan seperti semilang, siakap, kurau, gelama, bulan amat sesuai. Jika aim tangkapan seperti kerapu pula di kawasan pinggir pantai berbatu tidak banyak dipengaruhi arus pasang surut, kecuali menyasarkan kerapu, kertang saiz tong dram maka peluang terbaik adalah bila air mula pasang besar di laut dalam dikedalaman melebihi 70meter.
Dari pengalaman rakan-rakan juga, pasang surut laut ni lebih kepada mereka yg memancing pantai atau dalam kawasan perairan berdekatan darat. Jika memancing di laut dalam, arus pasang surut bukan lah faktor utama bagi tangkapan kerana tekong yg mahir tahu akan port / kawasan ikan sasaran dan di tambah dengan panduan sonar ikan @ gps. Lebih dalam laut lebih besar ikan. Apapun di akui peluang untuk memperolehi tangkapan lebih tinggi semasa turun naik arus laut dan bila mula pasang besar. Manakala peluang kurang semasa air surut atau bila arus air mati.
nota: untuk rujuk pada carta air, beri 1 hari buffer. Ia mungkin lajak 1 hari cepat atau lewat dari panduan di carta.
Ok, selamat memancing buat semua.
adios.
Salam.. ada tak jadual air psg surut kuala perlis 2013?
ReplyDeleteAda x jadual air pasang Surut ban pecah
ReplyDeleteTahun 2020 ad tak
ReplyDelete